Genderang Perang

Posted by mayc_pkbm | 7:21 PM | 0 comments »

PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MAYC KE-20 1974

DEMI PERJUANGAN

Kita bersyukur ke hadrat Allah yang telah mengizinkan kita bertemu dalam rapat yang terbesar yang pernah diadakan oleh MAYC sejak ditubuhkan. Semua ini merupakan puncak perjuangan yang begitu lama dan pada hari ini setelah 365 hari sejak rapat pada 8 April tahun lalu, kita bertemu wajah semula dan akan menganalisis segala aktiviti yang telah kita lakukan selama satu tahun yang sudah untuk dijadikan asas bagi menjalankan aktiviti untuk tahun pertama dan abad yang akan datang.

Pada tahun lalu kita mempunyai satu jawatankuasa yang mempunyai semangat kerjasama yang tinggi yang salah seorang daripada anggotanya layak menjadi presiden.

AMANAH

Oleh itu, bagi pihak MAYC saya tawarkan kepada Datuk Hussein Onn untuk memanfaatkan tenaga kami bagi menjayakan usaha-usaha yang lebih membina demi pembangunan negara.

Saudara perwakilan sekalian dan tetamu kita yang terhormat.

Pada 8 April 1973, kita telah membuat satu keputusan lanjutan daripada usaha pimpinan MAYC yang lalu. Keputusan itu adalah untuk menggulingkan kepimpinan lama dan mengambil kembali harta Wisma Belia. Perjuangannya begitu hebat dan ingatan kita kadangkala kembali ke zaman dahulu, zaman nenek moyang kita. Di tempat lain ada orang yang keluar dengan senjata untuk menyingkirkan presiden kerana berebut kuasa.

Kita telah membuat keputusan untuk mengetepikan mereka yang begitu lama menjadi pemegang amanah. Alhamdulillah, dalam masa yang singkat, Wisma Belia yang kerugian kerana tidak diurus dengan baik telah mendapat untung. Saya telah menjadi salah seorang daripada mereka yang ikut mengetepikan kaedah pengurusan management and enrichment dan kembali kepada management of no enrichment supaya kita mendapat keuntungan. Alhamdulillah kita pada hari ini sudah banyak memperoleh keuntungan. Namun begitu perlu saya ingatkan bahawa faedah terakru pinjaman yang sudah lapuk yang tidak terbayar selama 3 tahun di bawah kepimpinan pemegang amanah yang lalu berjumlah RM400,000. Ini bererti di samping kita membayar hutang-hutang itu kita perlu meneruskan perjuangan dan pelaksanaan projek-projek baru.

Oleh itu, saya berharap para dermawan janganlah berjauh hati sehingga tidak mahu lagi mendengar keluhan kami. Malahan, kepada Y.A.B Datuk Hussein juga saya rasa saya perlu mengatakan bahawa kami juga tidak keberatan menerima sumbangan daripada kementerian-kementerian.


PROGRAM BESAR

Saudara sekalian, sekarang kita sudah mempunyai rancangan besar mengenai rangkaian kelab belia di seluruh negara. Program-program besar dirancang untuk menjadikan kita sebuah kelab belia yang sudah sampai ke taraf antarabangsa.

Di Malaysia, kita tidak mempunyai lawan, oleh itu kita tidak perlu memikirkan lagi mengenai kelab belia lain sebagai lawan. Mereka kita anggap sebagai kawan yang perlu dibantu. Lawan atau saingan kita ialah pemuda Rusia, pemuda Jerman, pemuda Amerika. Kita mempunyai saingan dari luar. Kita tidak pernah berfikir kita ada saingan di dalam. Itulah sebabnya mengapa kita tidak berbicara dari segi satu asrama, satu tapak tanah, satu lot di sini, satu lot di sana. Namun begitu kadangkala ada pemimpin politik yang mengawal ahli kelab daripada berpindah dari satu kelab ke satu kelab lain. Kita katakan kepada mereka, "Hai! Jangan bodoh". Mengapa harus bertelingkah? Kita seharusnya bekerjasama hingga ke peringkat antarabangsa.

Pada hari ini satu perwakilan IIEE datang ke Kuala Lumpur dan mereka telah berjumpa saya.

Saya bertanya, "Mengapa saya yang dijemput, bukan orang lain?" mungkin ada orang lain yang dijemput tetapi mereka tidak memberitahu saya. Mereka menawarkan kepada kita pembiayaan sebahagian daripada Berita MAYC.

"During the past two or three years we saw tremendous progress in MAYC as the organisation of the future" kata mereka.

Mereka sudah mengiktiraf kita sebagai satu organisasi masa hadapan.

Dalam MAYC saya tidak mempunyai cita-cita untuk menjadi presiden seumur hidup walaupun dalam sesetengah organisasi lain ada individu yang bercita-cita sedemikian. Bagi belia MAYC yang ingin berpolitik, mereka mempunyai cita-cita ingin maju di dalam hatinya. Mereka boleh menceburi politik dan bergerak secara partisan. Bagi yang non-partisan, non-politik, tidak salah sekiranya mereka menggalakkan anggota lain menyertai parti politik yang disukainya, yang baik baginya untuk berpolitik. Belia yangv tidak berminat untuk bergiat dalam politik, kita gemblengkan tenaga dan kebolehan mereka dalam MAYC.

Saya berharap pihak berkuasa tidak mencurigai MAYC kerana di sini kita juga mempunyai ahli politik yang bertugas sebagai setiausaha akhbar, setiausaha kerja wanita UMNO dan kita mempunyai anggota pemuda UMNO.

Kita tidak perlu takut. Sekiranya ada mesyuarat agung, ahli politik tidak perlu takut; kalau berhasrat menaja jamuan untuk MAYC, jangan takut tidak mendapat kerjasama daripada kelab belia lain, tidak mendapat undi dalam pilihan raya. Dalam MAYC ada kebebasan. Dalam MAYC ada demokrasi.

Pada tahun ini kita mempunyai ramai calon yang akan bertanding jawatan ahli jawatankuasa. Sehubungan itu kita mahu ahli MAYC seluruh negara menunjukkan minat dalam pemilihan ini untuk belajar memimpin semoga satu hari nanti mereka akan menjadi belia yang dapat memikul amanat negara.

Saya tidak beminat untuk menjadi presiden selama-lamanya dan saya percaya kepada generasi pelapis. Oleh sebab itu, kita mengadakan kursus kepimpinan. Semua belia kita ketengahkan untuk mengikuti kursus ini kerana kita percaya a good leader is one who trains his successor. Bagi saya pemimpin yang baik ialah pemimpin yang mengasihi ramai orang yang mahu membantu mereka.


KEPENTINGAN AHLI

Sebagai organisasi yang bertanggungjawab, kita tidak boleh hanya menumpukan perhatian kepada satu dua perkara sahaja, lebih-lebih lagi kita sudah sampai ke taraf nasional. Kita perlu memikirkan kepentingan pendidikan, kepentingan pelajaran anak-anak ahli MAYC. Lanjutan daripada usaha pemimpin MAYC sebelum ini, kita teruskan usaha Gaya Pos ataupun Pos Bergaya. Di bawah pimpinan saudara Abdullah Bakri kita lancarkan kemudahan pendidikan dalam MAYC. Mereka secara berkumpulan boleh menghubungi MAYC untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kursus yang murah yang kita adakan secara berkumpulan di seluruh negara. Kita tidak dapat memberikan wang kepada setiap anggota yang kini sudah mencecah angka 80 ribu, tetapi sekiranya saudara mempunyai daya inisiatif maka dengan usaha kita insya-Allah akan berjaya.

Kita juga mempunyai tabung biasiswa. Banyak syarikat swasta yang telah memberikan biasiswa kepada ahli MAYC. Kita berharap peningkatan yang sedang kita usahakan dalam MAYC pada suatu masa nanti berjaya melahirkan pemimpin-pemimpin all round, berkebolehan dalam segala bidang. Saya berharap para dermawan yang ada di sini atau yang tidak dapat mendengar laungan ini, akan sama-sama turut membantu.

Kita tidak akan mempunyai sebuah negara yang aman jika belia hanya mempunyai semangat dan kemahuan yang tinggi tetapi tidak mempunyai kemampuan dalam pelajaran. Kita juga telah mengadakan apa yang dinamakan projek MAYC. Salah satu daripada mala petaka {8:2}dalam gerakan belia di negara ini ialah tidak adanya usaha untuk mempopularkan pemimpin negeri supaya dikenali oleh pemimpin di tempat lain. Seperti seorang presiden, beliau boleh berusaha untuk memastikan siapa yang akan dikenali di seluruh negara. Setiap tahun beliau hanya memilih kawannya sendiri. Kita tidak mahu hal ini berlaku, dan kerana itulah kita meminta setiap negeri yang mengadakan kursus menjemput wakil daripada negeri lain untuk hadir bersama dan menyediakan kertas-kerta kerja. Semoga dengan cara ini kita akan mempunyai bakal-bakal pemimpin yang berkaliber dari seluruh negara.


SASARAN NASIONAL

Sekarang ini MAYC sedang menentukan beberapa sasaran nasional. Umpamanya di peringkat kampung, di peringkat daerah dan di peringkat negeri terdapat ramai ahli dari kalangan orang seni yang pandai main kompang, pandai main biola, pandai main gitar, tetapi bakat yang ada pada mereka tidak terserlah di peringkat nasional. MAYC sedang melancarkan satu projek yang kita namakan MAYC National Orchestra.

Pada hari ini Datuk Hussein Onn disambut dan dihantar pulang dengan paluan kompang. Insya-Allah pada suatu hari nanti kompang ini akan dipalu oleh ahli MAYC sendiri.


GENDANG PERANG

Kita pukul gendang perang di seluruh negara supaya semangat belia terus membara dan kita wujudkan belia yang sanggup menyatakan yang hak di mana-mana sahaja dan menghapuskan segala kecurangan yang berlaku.

MAYC bukan satu organisasi yang mementingkan peribadi, kita juga mempunyai projek yang besar di bidang sukan. Sekarang ini di tiap-tiap negeri dan daerah orang bersukan tanpa ada sasaran nasional. Oleh itu, MAYC akan mengatur projek dengan lebih sempurna lagi pada tahun ini. Dimulai dengan peringkat percubaan, kita adakan pertandingan di peringkat negeri antara kumpulan yang banyak dalam satu-satu negeri. Kita akan mengadakan pasukan negeri yang akan bertanding di peringkat nasional bagi melahirkan jaguh sukan negara. Ketika kita sudah mempunyai satu pasukan negara maka kita akan menghubungi Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan Singapura, kita beritahu mereka "we are ready to fight your club team".

Kita pergi ke Singapura. Kalau kita lihat pasukan itu tidak kuat maka kita lawan, dalam akhbar akan keluar berita MAYC Malaysia lawan Singpaore Geylang Youth. Kalau kita lihat pasukan itu kuat, kita minta handicap seperti orang bermain golf. Kita lawan pasukan Singapura handicap 8, kalau kita kalah 7-0 bererti kita menang satu. Kalau kita kalah 5-0 bererti kita dikira menang 2 {10:2}. Selama-lamanya kita tidak akan gagal.

Kita belajar taktik ini daripada Vietcong. Hal ini disebabkan mengikut fahaman Vietcong kalau daripada 1000 tentera yang berjuang, seorang sahaja yang hidup, maka mereka dikira menang, dengan itu kita tidak akan lemah semangat.

Kita memerlukan sokongan para dermawan dan sokongan Datuk Hussein Onn, Datuk Haji Wan Kadir dan juga pemimpin yang lain, yang boleh memberikan kita sokongan kerana kita sudah melepasi tahap berlepas, sekarang ini berada di udara cuma ketinggiannya sahaja akan ditentukan, sama ada mahu dinaikkan ataupun diturunkan. Untuk mendarat kita tidak mempunyai kemampuan kerana kita tidak mempunyai juruterbang.

Kita sudah ke Kedah, ke Perlis, ke Butterworth, ke utara Perak, dan kita dapati di sana petani meminjam wang daripada orang tengah. Pinjam RM1000, bayar bunga RM90 setahun. Setiap tahun kita menyeru petani supaya menyimpan RM200. Pada hari ini tabung petani sudah terkumpul wang sebanyak RM300,000.

Di Kelantan, penarik beca menyewa beca yang dibeli oleh tauke dengan harga RM400. Setiap hari dia membayar sewanya sebanyak RM1.30, sebulan berjumlah RM39. Setahun dia sudah membayar lebih RM400 kepada tauke, tetapi beca itu masih belum menjadi miliknya. Alhamdulillah, MAYC sedang menyusun jentera untuk membantu penarik beca. Dalam usaha ini kita memerlukan sokongan yang penuh dan padu daripada kerajaan dan para dermawan. Banyak lagi masalah yang MAYC hadapi walaupun sesetengah masalah atau penyakit itu berpunca daripada belia sendiri tetapi kalau belia itu dilatih menjadi doktor, maka dengan sendirinya penyakit peribadi itu dapat diubati.


TELUR BUSUK

Bukan kerana kita mengubati belia tetapi kita mengajar belia mengubati masyarakat, maka secara automatik belia tahu mengubati dirinya sendiri. You do not cure a man to make him a doctor, he cures others while he takes to cure himself.

Kita sekarang memandang dengan penuh kesal usaha sesetengah pihak untuk mengongkong belia. Di sesetengah negeri, pemimpin Majlis Belia Negeri ditakuti Menteri Besar. Kita tahu ada negeri yang cuba berbuat demikian. Kita mahu bertanya apakah saudara-saudara mahu pemimpin Majlis Belia Negeri Pulau Pinang dilantik oleh Ketua Menteri? Sudah tentu kita tidak mahu. Sekurang-kurangnya kita tidak mahu perkara yang serupa itu berlaku di Pulau Pinang. Saya berharap janganlah dicampuradukkan kesalahan sendiri dengan usaha belia. Dalam negara banyak perkara lain yang harus diselesaikan. Mengapa cuba menghalang usaha orang muda yang sedang belajar? Jika orang muda mengeluh tentu ada sebabnya mereka mengeluh. Tidak boleh kita hanya berkata "tutup mulut, jangan mengeluh". Nanti akan lahir di setiap negeri, telur-telur yang di dalamnya busuk sedangkan di luarnya berkilat. Namun, apabila telur-telur busuk ini pecah, tentulah baunya akan terhidu oleh masyarakat dan masyarakat tentunya tidak mahu menghidu bau seperti itu.

Saya ucapkan tahniah kepada Majlis Belia Selangor yang semalam dengan rasminya menarik diri daripada menjadi ahli Majlis Belia Negeri yang ditubuhkan secara yang saya katakan tadi, secara telur busuk. Saya berharap usaha curang begitu tidak kita amalkan kerana ini tidak akan melahirkan belia berkaliber dan tentu ada orang yang takut digulingkan {12:2}.

Kalau takut digulingkan lebih baik kita lihat peribadi kita sendiri apakah kita baik atau tidak baik. Kalau kita baik mengapa kita takut digulingkan, kalau digulingkan juga maka sudah tentu kita daripada golongan yang jahat.

Kalau seseorang itu tidak baik memang wajar dia digulingkan. Oleh itu, usaha orang yang tidak baik untuk mempertahankan diri perlu mendapat antitoksin yang kita percaya ada di negeri ini dan sedarilah bahawa di mana ada kuman akan lahirlah antitoksin untuk menangkisnya

Kita ucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Pahang kerana terlalu bermurah hati malahan sampai mengajak kita makan bersama-sama duduk di atas lantai. Orang seperti ini kita boleh peluk dan kita boleh cium. Menteri Besar Pahang baru-baru ini memberikan tanah dan wang untuk kita dirikan bangunan. Alhamdulillah, kita minta kepada Tuhan supaya beliau dipanjangkan umur. Kita juga ucapkan ribuan terima kasih kepada pemimpin Kerajaan Negeri Kedah, kepada Menteri Besar Kedah yang juga telah bermurah hati. Begitu juga, kita ucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana saya rasa sekarang ini mereka 50/50, 50% dalam pertimbangan sama ada mahu memberikan tanah ataupun tidak. Saya nasihatkan kepada tuan doktor itu supaya anak-anak yang sakit ini yang memerlukan tanah cepat diubati, luluskan saja tanah yang di kawasan air terjun itu. Kita ucapkan terima kasih kepada golongan swasta, kepada ESSO, kepada Lee Yan Lian, kita ucapkan terima kasih kepada Bank Bumiputera yang begitu bersabar dengan overdraf kita. Kita ucapkan terima kasih kepada Chartered Bank yang telah mengiklankan dan membayarkan seluruh kos Berita MAYC dan juga terima kasih kepada syarikat Dunlop, dan kepada semua yang telah sudi memberikan sumbang bakti. Saya berharap dengan adanya bantuan maka kita alhamdulillah dapat menjadi belia yang baik.

Saya ingin menyatakan pendapat saya mengenai pelaburan asing. Kita lihat di Indonesia pemuda-pemuda membaling orang Jepun di jalan, bangunan-bangunan dibakar.

Mengapa mereka bertindak begitu?

Belia-belia itu tidak ada kepentingan dalam bangunan tersebut. Oleh itu, saya fikir eloklah saudara, wakil daripada Kedutaan Amerika yang ada disini, sampaikan kepada Presiden Nixon pesanan daripada Presiden MAYC bahawa Amerika patut menjadi peneraju, take the lead sebagaimana juga negara lain, seperti Jerman dan Perancis. Wujudkan usaha sama dengan syarikat kita kerana apabila kita berusaha sama dengan belia, apabila ada kuasa yang hendak menentang, kita akan berdiri di hadapan mempertahankan kepentingan kita.


TUGU INSURANCE

There should be a change in your foreign investment attitude, don't only concentrate on the very rich, the poor also have money because we are big in nmbers.

Seruan ini ditujukan kepada orang yang tidak memahami bahasa Melayu, mereka yang berada di luar Malaysia dan Indonesia. Bagi kami, kami tidak punya satu juta, tetapi kami ada 800,000 {15:1}. We are a rich organisation. Oleh itu Dunlop Tyre Retreading perlu berusaha sama dengan Nurharapan. ESSO perlu berusaha sama mewujudkan stesen servis dengan Nurharapan.

Insya-Allah pertubuhan ini akan selamat kerana MAYC mempunyai business organisation, we have Nurharapan the light of hope. A million dollar deal, company paid-up capital. Syarikat jangan ditanya. Kita tidak berbicara lagi mengenai 10 ribu sudah terlewat dan MAYC in the league of million,{15:2} kita mesti ikut jejak langkah PERTAMINA di Indonesia. Baru-baru ini PERTAMINA telah berunding dengan kita mengenai Tugu Insurance dan barhasrat ingin membuka syarikat insurans di Malaysia. "We have no money, we have manpower, we have lots of power. Will you trade with our will power," kata kita. "I have met with a very arrogant man, " jawab mereka.

Saya kata bukan arrogant, but overanxious to cooperate.

Baru-baru ini kita mendapat tiket percuma ke Hong Kong {15:4}. PERTAMINA memberikan 300,000 saham percuma dalam Tugu Insurance Sdn. Bhd. Tetapi ada sedikit masalah, kita memang tidak ada duit tetapi ada opportunity. Jadi kami meminta kepada mereka, pejam mata sign 30%. Perkara seperti ini perlu sebab kami hari-hari meminta daripada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Kementerian itupun bukan banyak duit sangat, mereka juga seperti kita, susah sahaja. Jadi saya berharap kita semua bekerjasama dan kita bangunkan Nurharapan sehingga cerah bergemerlapan, di pinggir-pinggir lautan harapan yang indah.

Pada suatu masa nanti saya berharap agar semua pihak memberikan kerjasama kepada MAYC. Tidak lama lagi kita akan mengadakan pemilihan ahli jawatankuasa dan walau siapa juga yang mengamibl alih kepimpinan, saya kira mereka itu akan terus dapat melaksanakan dasar-dasar yang telah kita buat kerana setiap ahli jawatankuasa MAYC adalah orang yang berkaliber. Ada peguam, ada akauntan, ada ahli politik malahan kita ada tiga peguam, one too many {16:2}. Kadang-kadang ada kes antara peguam dengan peguam. MAYC lawan dengan kreditor. Peguam yang membela MAYC adalah peguam yang hentam MAYC juga. Ini satu perkembangan yang sihat. Dalam MAYC ada juga pendidik dan guru yang terlatih serta arkitek untuk mendirikan bangunan di seluruh negara.

Sekian ucapan pembukaan saya dan dengan hormatnya saya menjemput Y.A.B Datuk untuk merasmikan Mesyuarat Agung pada tahun ini.

0 comments

Post a Comment