Kita Merancang Allah yang Menentukan

Posted by mayc_pkbm | 9:06 PM | 0 comments »

Penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan ke-29, 1983

DARI TARIKH KITA mengadakan mesyuarat agung MAYC yang lalu, iaitu pada 8 Ogos, 1982 sehingga hari ini kita baru melalui jangka masa 8 bulan 9 hari dengan berbagai-bagai kegiatan.

Saya ucapkan taniah kepada ahli jawatankuasa pusat MAYC, bahagian-bahagian negeri, cawangan-cawangan daerah dan kelab-kelab gabungan yang telah bertungkus-lumus dalam masa yang singkat untuk mengadakan beberapa program.

Malah, kegiatan MAYC dalam masa 8 bulan 9 hari yang lalu boleh dikatakan sama, mungkin lebih rancak berbanding tahun-tahun yang lalu.

Tenunan yang Belum Selesai

Posted by mayc_pkbm | 8:58 PM | 0 comments »

Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke-29, 1983

WIRA BANGSA


Memang menjadi cita-cita MAYC untuk mewujudkan angkatan belia yang berdisiplin seperti anggota tentera tetapi oleh sebab kesempatan dua ratus ribu ahli MAYC untuk menjadi tentera tidak mungkin tercapai, maka cukuplah setakat kami merasa nikmat datang ke sini pada kali ini.

Saya juga berasa sungguh gembira kerana bersama-sama kita, Tuan Syed Ahmad Idid yang dahulu pernah menjadi presiden MAYC dan saya menjadi setiausaha agungnya. Kalau bukan disebabkan Tuan Syed Ahmad Idid berhenti sampai hari ini pun saya mungkin masih menjadi setiausaha agung. Pada malam ini, saya ucapkan taniah kepada semua ahli MAYC yang sekarang ini sudah bergelar Yang Berhormat. Saya berharap walaupun sudah bergelar Yang Berhormat, pada masa akan datang mereka masih menghadiri majlis MAYC kerana bagi kita walaupun mereka menjadi Ahli Yang Berhormat mereka tetap ahli MAYC.

Pilihan di Tangan Anda

Posted by mayc_pkbm | 8:50 PM | 0 comments »

Penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan ke-28, 1982

SAYA UCAPKAN RIBUAN terima kasih kepada saudara Pengerusi yang telah mengendalikan urusan mesyuarat dengan begitu baik dan saya berharap semoga pada mesyuarat-mesyuarat agung akan datang kita akan melalui keadaan mesyuarat yang sama baiknya dengan keadaan pada hari ini.



KEBIJAKSANAAN

Saya ucapkan tahniah kepada para perwakilan yang telah menunjukkan kebijaksanaan dalam penglibatan mereka pada mesyuarat agung kali ini.

Saya juga ucapkan terima kasih kepada para perwakilan yang telah memenangkan saya dalam mesyuarat agung ini tanpa bertanding dan saya ucapkan tahniah kepada Encik Rahim Bakar yang telah menunjukkan kebijaksanaannya menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden demi kepentingan perpaduan MAYC di seluruh negara.

Mesyuarat Untuk Menegur

Posted by mayc_pkbm | 8:44 PM | 0 comments »

Penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan ke-27, 1981

Dalam mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa kebangsaan, wakil dari Selangor telah mencadangkan supaya kita menghidupkan kelab-kelab sebagai satu acara MAYC supaya semua pengerusi negeri secara automatik menjadi ahli jawatankuasa MAYC Pusat.


Mungkin wakil dari Selangor, kerana baru dilantik sebagai pengerusi Selangor, maka beliau belum mengetahui cara mesyuarat jawatankuasa kebangsaan dijalankan.

Oleh itu, beliau akan bersama-sama kita nanti dalam mesyuarat jawatankuasa kebangsaan untuk membincangkan masalah ini.

Bangsa Penakut Tidak Berjaya

Posted by mayc_pkbm | 8:42 PM | 0 comments »

Penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan ke-26, 1980

TERLEBIH DAHULU SAYA ucapkan ribuan terima kasih kepada saudara para perwakilan yang begitu sabar hadir dalam mesyuarat ini hingga akhir. Saya juga ucapkan ribuan terima kasih kepada saudara yang telah memilih saya sebagai presiden untuk jangka masa satu tahun lagi.



IMPIAN

Atas kepercayaan saudara para perwakilan sekalian, saya akan berusaha sedaya mungkin untuk merealisasikan segala impian baik dari segi melahirkan program ataupun memikirkan sesuatu yang baru dan inovatif untuk jangka masa satu tahun akan datang.

Kepada negeri Johor saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjadi tuan rumah walaupun pemilihan saudara sebagai tuan rumah kali ini diputuskan secara agak tergesa-gesa. Namun begitu, saya amat kagum dengan kelancaran perjalanan mesyuarat kita ini walaupun tempoh persediaan acara ini agak singkat.

Janji Allah dan Janji Manusia

Posted by mayc_pkbm | 8:38 PM | 0 comments »

Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke-26, 1980

PADA MALAM INI kita di Johor Bahru, kita memilih Johor Bahru sebagai tempat kita mengadakan mesyuarat agung. Pada malam ini kita meraikan seorang putera Johor dan seorang puteri Johor yang telah banyak mencipta sejarah.


PENGHORMATAN TINGGI

Di hadapan kita malam ini kita dapat melihat sepasang merpati, Tan Sri Abdul Kadir dan Tan Sri Datin Hajah Fatimah, satu-satunya pasangan yang sama-sama pernah menjadi menteri. Ada satu keistimewaan Tan Sri Fatimah berbanding Tan Sri Kadir. Beliau telah dianugerahkan ijazah kehormat, satu-satunya wanita yang telah mendapat penghormatan tinggi daripada kerajaan. Satu sahaja kelebihan Tan Sri Kadir berbanding Tan Sri Fatimah, beliau sahajalah seorang menteri dalam sejarah Malaysia yang pernah memegang lima jawatan menteri serentak.

Di ibu kota negeri Johor, kita meraikan seorang putera dan puteri Johor, kedua-duanya dapat saya katakan mempunyai syarat yang cukup sebagai simbol pencapaian MENJARO-POLEMAS.

Simbol Perpaduan antara Dua Jalan

Posted by mayc_pkbm | 8:34 PM | 0 comments »

Penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan ke-25, 1979

DAHULU MAYC ADALAH satu-satunya pertubuhan belia dalam negara ini dan hidup suburnya MAYC pada masa itu disebabkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, tetapi setelah banyak pertubuhan belia wujud maka MAYC tidak lagi mendapat kemudahan tersebut dan MAYC terpaksa berdikari untuk membiayai projek-projeknya.


Syukur alhamdulillah, MAYC kita sekarang terus berkembang, walaupun kita terpaksa berusaha sendirian. MAYC adalah satu organisasi yang besar, kecuali di Rusia, yang bangunan organisasi belianya dibuat oleh Kerajaan dan ditadbirkan oleh belia; tidak ada satu organisasi di negara lain yang mempunyai bangunan dan sekretariat sehebat dan setinggi bangunan Wisma Belia.

Jihad Menentang Kemungkaran

Posted by mayc_pkbm | 8:31 PM | 0 comments »

Penangghan Mesyuarat Agung Tahunan ke-24, 1978

PENYAMPAI HASRAT


Saya juga mengambil kesempatan di sini mengucapkan ribuan terima kasih kepada pegawai Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia atas jaminan beliau untuk menjadi penghubung menyampaikan hasrat yang kita kemukakan dalam mesyuarat pada hari ini.

Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada saudara-saudara yang telah sudi memilih saya untuk tempoh selama 8 bulan lagi menjawat jawatan Presiden MAYC hinggalah tiba hari mesyuarat agung yang ke-25 apabila kita menyambut perayaan Jubli Perak MAYC.

Siapakah Penentu Masa Depan?

Posted by mayc_pkbm | 8:27 PM | 0 comments »

Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke-24, 1978

HARI BERTUAH


Hari ini kita namakan hari bertuah kerana pada hari ini kita berada dalam keadaan penuh debaran menunggu genapnya ulang tahun ke-25 kita hidup di bumi Tuhan sebagai satu pertubuhan belia yang sudah matang dan dewasa. Dua puluh lima tahun hampir akan berlalu, maka pada pertengahan tahun hadapan, genaplah nanti suku abad kita bertapak di negara ini.

Tanda-tanda yang menunjukkan kita sudah dewasa, tanda-tanda yang menunjukkan kita sudah matang, tanda-tanda yang menunjukkan kita sebuah organisasi belia yang besar, yang bertanggungjawab di negara ini adalah jelas.

Mesyuarat agung kita kali ini ditunda selama tiga bulan dengan sebab-sebab yang berlaku secara kebetulan. Kita meramalkan pilihan raya akan berlaku pada akhir April, dan peristiwa sebenar berlaku pada 8 Julai, tiga bulan jarak tempohnya.

Air Mengalir Tidak Busuk

Posted by mayc_pkbm | 8:23 PM | 0 comments »

Penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan ke-23, 1977

TANDA NAMA

Mengenai cadangan tanda nama daripada wakil Selangor, itu adalah cara yang baik dan begitu juga dengan cadangan wakil dari Melaka mengenai pelekat motor supaya dalam perjalanan kita boleh berikan sedikit promosi untuk organisasi kita.

Mengenai seruan Kedah yang berulang-ulang kali supaya pengerusi pendidikan datang ke Kedah, ingin saya maklumkan bahawa Saudari Maznah sebenarnya sudah berumah tangga. {86:1}{teks mengelirukan}

Saya juga ingin memberitahu perwakilan di sini bahawa kedatangan dua orang wakil dari Pahang bukanlah satu perkara yang boleh dianggap mendukacitakan. Kedatangan hanya dua orang itu harus diterima sebagai satu cabaran untuk masa hadapan. {86:2} {teks mengelirukan}

Tiada Jalan Pintas ke Syurga

Posted by mayc_pkbm | 8:16 PM | 0 comments »

Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Ke-23, 1977

KASIH ANTARA INSAN

Saya berasa kagum apabila mendengar beliau menggunakan perkataan yang dikasihi. Dan saya berasa terhutang budi kepada saudara-saudara yang dikasihi kerana telah berjaya menghadapi dan menyelesaikan semua masalah dengan begitu baik. Itulah sebabnya kita saling kasih-mengasihi sebagaimana yang dikehendaki agama.

Perkara kedua adalah mengenai hutang kita yang belum berbayar kepada Tugu Insurance Hong Kong. Hal ini menunjukkan kita terpaksa berhutang banyak walaupun mampu membayar tunai. Berhutang dengan orang bukannya tanda miskin. Berhutang kerana orang percaya kepada kita. Saudara boleh minta kepastian akan kata-kata saya ini daripada Syed Hamid, beliau adalah wakil MAYC dalam Bank Bumiputra dan juga wakil Bank Bumiputra dalam MAYC.

MENGAPA KELANTAN?

Seperkara lagi yang ingin saya katakan ialah hakikat mengapa mesyuarat agung diadakan di Kelantan. Adakah Kelantan tidak cukup keindahannya hinggakan ada orang mempertikaikan why Kelantan?

Apakah Sumbangan Mulia Anda?

Posted by mayc_pkbm | 8:06 PM | 0 comments »

Penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan ke-22 1976

TERIMA KASIH

Sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih bagi pihak saudara sekalian, kakitangan pejabat kita yang bekerja bertungkus-lumus menjayakan MAYC selama satu tahun yang sudah. Saya juga ucapkan terima kasih kepada ahli jawatankuasa yang lalu kerana memberikan sepenuh kerjasama kepada saya dan saya percaya bagi mereka yang gugur dalam merebut tempat dalam jawatankuasa, gugur mereka adalah sebagai pahlawan.

Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada bekas setiausaha agung kita dan saya rasa kebijaksanaan beliau bertugas bersama-sama kakitangan pejabat telah nyata terbukti dengan berjayanya mesyuarat agung kita pada hari ini. Saya percaya saudara sekalian kelak turut bergembira. Kita pertimbangkan supaya beliau nanti mungkin kita calonkan menjadi setiausaha agung. Cuma ini memberikan endorsement daripada jawatankuasa kebangsaan mengenai peraturan kita. {51:1}

Dihempas Badai Dilambung Gelombang

Posted by mayc_pkbm | 7:56 PM | 0 comments »

Mesyuarat Agung Tahunan Ke-22 1976

BERSATU PADU

Biasanya dalam mesyuarat agung yang lalu saya terus menyatakan bahawa pertubuhan kelab belia yang paling besar di Malaysia hanya MAYC. Namun hari ini secara kompromi dua pertubuhan terbesar di Malaysia dapat disatukan. Oleh itu, apa jua kritikan yang mahu kita keluarkan mungkin kita sembunyikan kerana jelas pada hari ini kita sudah menghulurkan tangan untuk bersahabat. Hal ini disebabkan pada waktu orang tua-tua di Malaysia berkelahi, sudah sampai masanya golongan belia menunjukkan contoh yang baik dan bersatu padu.

Dengan kehadiran tokoh yang perjuangannya berasaskan kerohanian, dengan kehadiran tokoh belia yang terkemuka, pemimpin belia di peringkat nasional, dan dengan adanya perjumpaan yang begini meriah, bererti pada hari ini ada pertemuan wajah antara dua pertubuhan belia yang terbesar mewakili hampir suku juta keluarga belia di Malaysia.

Usaha Gigih Hasil Cemerlang

Posted by mayc_pkbm | 7:47 PM | 0 comments »

Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Ke-21 1975


PERJUANGAN

Kita juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang tidak kita sebut yang juga sama penting dalam perjuangan kerana mereka ini selain membantu dari segi moral dan datang beramai-ramai untuk memeriahkan majlis, mereka juga menjamu kita dari semasa ke semasa, dari tahun ke tahun.

Saya berharap amalan ini akan diteruskan kerana bukan sahaja menguntungkan belia tetapi juga akan mendapat faedah dan ganjaran daripada Allah S.W.T apabila kita kembali ke alam baka. Kita juga doakan supaya lebih ramai yang tampil ke hadapan untuk membantu kerana dalam suasana yang tenat dan tegang ini, MAYC memerlukan sokongan moral dan material untuk meneruskan perjuangannya.

Genderang Perang

Posted by mayc_pkbm | 7:21 PM | 0 comments »

PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MAYC KE-20 1974

DEMI PERJUANGAN

Kita bersyukur ke hadrat Allah yang telah mengizinkan kita bertemu dalam rapat yang terbesar yang pernah diadakan oleh MAYC sejak ditubuhkan. Semua ini merupakan puncak perjuangan yang begitu lama dan pada hari ini setelah 365 hari sejak rapat pada 8 April tahun lalu, kita bertemu wajah semula dan akan menganalisis segala aktiviti yang telah kita lakukan selama satu tahun yang sudah untuk dijadikan asas bagi menjalankan aktiviti untuk tahun pertama dan abad yang akan datang.

Pada tahun lalu kita mempunyai satu jawatankuasa yang mempunyai semangat kerjasama yang tinggi yang salah seorang daripada anggotanya layak menjadi presiden.