Janji Allah dan Janji Manusia

Posted by mayc_pkbm | 8:38 PM | 0 comments »

Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke-26, 1980

PADA MALAM INI kita di Johor Bahru, kita memilih Johor Bahru sebagai tempat kita mengadakan mesyuarat agung. Pada malam ini kita meraikan seorang putera Johor dan seorang puteri Johor yang telah banyak mencipta sejarah.


PENGHORMATAN TINGGI

Di hadapan kita malam ini kita dapat melihat sepasang merpati, Tan Sri Abdul Kadir dan Tan Sri Datin Hajah Fatimah, satu-satunya pasangan yang sama-sama pernah menjadi menteri. Ada satu keistimewaan Tan Sri Fatimah berbanding Tan Sri Kadir. Beliau telah dianugerahkan ijazah kehormat, satu-satunya wanita yang telah mendapat penghormatan tinggi daripada kerajaan. Satu sahaja kelebihan Tan Sri Kadir berbanding Tan Sri Fatimah, beliau sahajalah seorang menteri dalam sejarah Malaysia yang pernah memegang lima jawatan menteri serentak.

Di ibu kota negeri Johor, kita meraikan seorang putera dan puteri Johor, kedua-duanya dapat saya katakan mempunyai syarat yang cukup sebagai simbol pencapaian MENJARO-POLEMAS.


Sebagaimana biasa, setahun sekali saya berjumpa untuk menyampaikan ucapan dasar. Pada malam ini suatu perkara yang perlu difahamkan benar-benar oleh seluruh keanggotaan dan pemimpin MAYC tentang satu perkataan dan di sekitar perkataan tersebut berpusat seluruh persoalan.

Perkataannya ialah "JANJI".

Berlakunya janji pertama untuk kita sebagai manusia adalah apabila Allah s.w.t memerintahkan malaikat supaya tunduk kepada Nabi Adam yang dijadikan daripada tanah. Pada waktu itu berlakulah proses yang pertama kejadian alam, apabila malaikat mempertikaikan penciptaan Nabi Adam, mereka berkata bahawa anak cucu Nabi Adam akan membuat angkara di dunia.
Pada waktu itu Allah s.w.t telah menyatakan kepada malaikat bahawa tiada pengetahuan pada mereka kecuali apa yang diizinkan oleh Allah s.w.t., semua malikat pada waktu itu tunduk patuh kepada Allah kecuali syaitan. Pada waktu itulah syaitan telah membuat janji untuk Menggoda anak cucu Nabi Adam dari mula dilahirkan ke bumi Allah hinggalah bercerai roh dan jasad.

Di kiri kanan saudara-saudara pada malam ini kita lihat ramai rakan seperjuangan, sepertubuhan, tetapi selain kita yang hadir di sini, turut bersama-sama mendengar ucapan saya ialah syaitan, sebenarnya di kiri kanan kita ada syaitan.

Bertitik tolak daripada janji syaitan kepada Tuhan itulah maka seluruh persoalan hidup manusia menjadi porak-peranda. Saya mengajak pemuda pemudi negara, marilah kita berhenti sejenk memikirkan setiap kali kita mahu bertindak kita tanya adakah apa yang kita alkukan itu sesuatu yang datang daripada akal ataupun daripada syaitan. Tanpa pendidikan tinggi, tanpa ilmu yang banyak, kita tidak dapat kednal yang mana akal dan yang mana syaitan.


RASULULLAH

Oleh itu, saya berharap ahli MAYC sekalian mulai malam ini membuat sesuatu baik dalam bidang kepimpinan atau dalam bidang lain dengan penuh kesedaran bahawa kita sentiasa cuba dihancurkan oleh syaitan sebagai menunaikan janjinya kepada Allah.

Ikatan janji yang kedua ialah apabila Nabi Muhammad s.a.w naik ke langit untuk menerima perintah solat.

Pada waktu itu Nabi menerima perintah mengerjakan solat dengan waktu yang begitu banyak.

Dengan nasiat daripada Rasul-rasul sebelumnya, abi telah meminta discount daripada Allah. Akhirnya, Nabi pun membawa turun kepada kita perintah solat sehari semalam lima waktu. Daripada ilmu agama yang kita pelajari kita tahu bahawa solat adalah penghalang kepada maksiat dan yang menjadi tanda tanya ialah, mengapakah amalan rukun solat itu dapat berfungsi sebagai penghalang kepada maksiat?


ANTARA IBADAT DAN MAKSIAT

Banyak orang yang bersolat tetapi masih mengerjakan maksiat. Jawapannya adalah disebabkan dalam slat itu sendiri ada orang yang mencampuradukkan ibadat dengan maksiat. Ada yang mengatakan maksiat dan ibadat tidak bercampur seperti minak dan air dan ada yang mengatakan ibadatnya dan maksiatnya sama banyak.

Bagi orang yang ibadatnya lebih banyak darpada maksiat maka tempatnya adalah di syurga, jika maksiatnya lebih banyak darpada iadatnya maka tempatnya di neraka. alau maksiat dan ibadat sama banyak, dia tergantung-gantung di titian siratulmustaqim.

Oleh itu, bagi merfeka yang 'loyar buruk' di kalangan belia yang ingin mmperolok-olokkan Tuhan mungkin dimasukkan ke dalam botol dan botol itu kemudiannya dibakar. Apabila dia menjerit, "Mengapa ya Allah kau bakar aku?" Tuhan mungkin menjawab, "Aku tidak bakar kamu tetapi Aku bakar botol".

Saya berharap kpada ahli MAYC semoga kita tidak perlu berdakwah begitu panjang. Kita betulkan amalan dan solat kita. Janji Nabi kepada Tuhan bahawa umatnya akan mendirikan solat sehari semalam lima waktu kita sempurnakan.

Seharusnya kita yang mengucap dua kalimah syahadah hanya patuh akan janji Nabi kepada Tuhan kita. Apabila solat ahli MAYC menjadi teguh, maka kita akan menjadi belia yang mempunyai tahap ketaqwaan yang tinggi dan tidak bergelumang dalam maksiat.

Janji yang ketiga ialah janji suami dan isteri

Jika kita mahu beristeri, jika kita sebagai belia mahu melahirkan anak dan hidup dalam keluarga yang bahagia maka kita harus sentiasa memilih pasangan dan mengkaji peristiwa yang membawa kita kepada khutbah nikah yang merupakan janji antara suami dan isteri.


SEKALI SEUMUR HIDUP

Sekarang ini ramai anak muda yang tidak lagi mempunyai pengalaman yang luar biasa yang pernah dialami oleh orang-orang tua pada waktu mereka mula mendirikan rumah tangga. Dengan mengembalikan ingatan kepada peristiwa perkenalan yang begitu luar biasa, yang biasanya berlaku hanya sekali dalam hidup manusia tetapi ramai kalangan suami isteri mudah lupa akan peristiwa ini.

Saya yakin setelah berkenalan berbulan-bulan, akhirnya bernikah, berikrar dan berjanji. Selepas itu, keluarga menjadi porak-peranda dan anak-anak terbiar pendidikannya. Penting bagi kita mengingati janji kita kepada Tuhan, supaya kita tahu bahawa kita sentiasa dihasut untuk porak-peranda, perlu kita ingat janji kita, dan janji Nagi kepada Tuhan supaya amalan solat kita menjadi penghalang kepada maksiat. Perlu kita ingat janji kita kepada isteri kita, janji isteri kita kepada kita supaya keluarga kita hidup aman.


JANJI KEPADA RAKYAT

Kemudian janji kita kepada rakyat sebagai janji sewaktu Inggeris mahu mengambil Malaysia, UMNO telah berjanji untuk berusaha mendapatkan kemerdekaan bagi Malaysia.

Syukur alhamdulillah kerana cita-cita pada waktu itu hanya satu, iaitu untuk kemerdekaan, maka yang kaya berkerjasama dengan yang miskin, yang miskin berkejrasama dengan yang kaya. Yang laim hormat kepada yang tidak alim dan begitulah sebaliknya.

Dan 11 tahun selepas itu, kita melaungkan kemerdekaan negara, seterusnya pada tahun '67, kerajaan membuat janji bagi mendaulatkan bahasa, agama dan bangsa dan dengan sendirinya kita tleah berusaha meletakkan bahasa pada kedudukannya yang paling istmewa. Selain itu kita meletakkan agama di tempat yang tinggi dengan mengadakan kemudahan untuk beribadat.

Pada waktu itu, kerajaan berjanji untuk mendaulatkan agama, bangsa dan tanah air. Kemudian berlakulah Peristiwa 13 Mei. Maka timbullah kesedaran baru, tetapi bangsa Melayu tidak mempunyai modal untuk berbiaga dalam sistem ekonomi bebas.

Orang Melayu perlu giat berekonomi, bersabar dalam gelombang kapitalisme seolah-olah anak yang mahu berlari tetapi tidak mempunyai kaki. Lalu kerajaan berjanji mengadakan dasar ekonomi baru sebagai ganti kepada ekonomi bebas untuk membolehkan bangsa Melayu dan golongan yang tertinggal dapat sama-sama maju dalam sistem ekonomi bebas. Segala janji kerajaan 10 hingga 20 tahun yang akan datang akan ditentukan dan direalisasikan oleh saudara-saudara sendiri.

Oleh itu, pada malam ini kita menjemput seorang tokoh yang memiliki pengalaman luar biasa dalam perkara ini untuk memberikan nasihat.


JANJI PRESIDEN MAYC

Janji kelima, janji Presiden MAYC kepada ahli-ahlinya

Pada waktu saya mula menjadi presiden, waktu itu saudara Taib Wahab menjadi setiausaha agung, saya ada membuat janji, iaitu janji untuk mengubah Wisma Belia kpada MAYC dan janji untuk membersihkan MAYC daripada kerja-kerja maksiat.

Dan kita namakan tahun 1971 dan 1972 sebagai tahun-tahun peralian dan pembersihan.

Semua ini harus diingat oleh ahli MAYC sama ada yang baru hadir dalam mesyuarat agung ataupun yang hadir pada mesyuarat agung tiap-tiap tahun.

Pada taun1973 dan 1974, MAYC sudah menjadi kuat. Apabila MAYC sudah menjadi kuat maka ramai musuh di kalangan tokoh politik yang cemburu kepada keberanian, populariti dan ketegasan MAYC sehinga ada yang menggunakan kedudukan untuk menyulitkan MAYC.

Kita namakan 1973 dan 1974 tauhn-taun menempuh bahaya.

Sepanjang tempoh tahun 1973 dan 1974, MAYC dikatakan sebagai antinasional, malah saya sendiri dicap begitu. Kekuatan MAYC ditentang oleh orang-orang yang tidak ingin melihat MAYC muncul sebagai organisasi yang kuat dan matang. Tentangan mereka kita hadapi dengan kejujuran.

Syukur alhamdulillah, ketiga-tiga orang yang menentang MAYC ada yang merengkok di dalam penjara, ada yang sudah diketepikan daripada kedudukannya yang istimewa, dan sekarang MAYC telah mengampunkan mereka, dan kita berharap mereka insaf.


MATANG KERANA DITENTANG

Kita lalui tahun 1973 hingga 1974 dalam penentangan dan kita menjadi matang. Kita menjadi matang lantaran ditentang.

Tahun 1975 hingga 1976 kita namakan tahun projek

Setelah berjaya menghadapi tentangan, kita ambil alih harta kita dan mengusahakan projek. Maka pada tahun 1975 hingga 1976 kita menyahut cabaran projek. Kita berniaga, kita mula bertani, dan kita lihat pada 1975 hingga 1976 ramai pemimpin meninggal dunia.

Maka telah terjadi kekosongan dengan perginya yang sudah tua. Mereka meninggalkan kita yang muda dalam keadaan tidak berkepimpinan. Maka tahun 1977 hingga 1978 kita namakan tahun Kursus Kepimpinan bagi semua ahli. Kita melatih ahli MAYC. Kemudian berlaku pilihan raya 1978. Belia pada hari ini tidak cukup dengan hanya mengenali pemimpin masa kini sahaja, kita perlu menyedari hakikat sejarah, bagaimana keadaan kita pada zaman keagungan Kerajaan Melayu Melaka, bagaimana pula keadaan kita pada zaman penjajahan silih berganti bermula daripada Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan Inggeris menduduki semula tanah air kita hinggalah kita mencapai kemerdekaan.

Maka tahun 1979 hingga 1980 kita namakan tahun menginsafi sejarah

Pada tahun ini kita beritahu anak muda di seluruh negara bahawasanya mereka perlu menghormati orang tua kerana seluruh tradisi bangsa, seluruh kekuatan bangsa dan agama akan musnah dan porak-peranda apabila anak muda tidak menghormati orang yang berjasa.

Sudah sepuluh tahun saya memimpin MAYC masanya sudah sampai untuk saya pergi dan saya sudahpun menyiapkan cara-cara untuk pergi supaya tidak ada kemelut dalam MAYC.

Sebelum saya pergi maka saya ingin mengesyorkan satu program yang saya rasa akan memakan masa sepuluh tahun untuk disempurnakan, maka tahun lapan puluhan kita namakan dekad tiga romantika.


ROMANTIKA

Kita sekarang sedang dalam proses membina Wisma Tunku, dengan adanya Wisma Tunku di samping Wisma Belia kita ada satu kompleks di ibu kota yang kita namakan Romantika Satu.

Dengan adanya kerjasama daripada Tan Sri Datuk Haji Abdul Kadir Yusof sebagai Menteri Kemajuan Tanah dan Kemajuan Wilayah, saya sebagai Presiden MAYC merayu supaya Datuk Lim Chong Eu cepat-cepat memberikan tanah 5 ekar yang dijanjikannya di tepi samudera di Pulau Mutiara kepada MAYC, untuk didirikan sebuah lagi Kompleks MAYC sebagai Romantika Kedua, dan MAYC juga sedang dalam proses membeli tanah seluas seratus ekar yang akan dijadikan Kompleks serba guna, kompleks kepimpinanMAYC. Jangan ditanya daripada mana kita mahu dapatkan dana, yang penting ialah angan-angan dan cita-cita besar dan murni dan ini kita namakan Romantika Ketiga.

Kita mempunyai Kompleks Wisma Belia, Wisma Tunku di tengah-tengah kota raya.

Kita mempunyai Kompleks di pinggir samudera di Pulau Mutiara.

Kita mempunyai kompleks di tengah-tengah hutan belantara, sekarang saya namakan tahun '80-an sebagai tiga romantika, amanah untuk diselesaikan oleh saudara-saudara.

Tugas ini begitu berat. Bagaimanakah kita mampu menyelesaikan semua ini? Kita selesaikan dengan cara membangunkan MENJARO -- Mental, jasad dan Roh. Kalau mental kuat, jasad kuat, roh kuat, maka kita berani untuk berfikir tentang satu-satu rancangan. Kuat tenaga dan jasad untuk melakukan sesuatu rancangan. Oleh itu, mental-jasad-roh merpakan konsepsi tawaran tahun lapan puluhan ahli MAYC.

MENJARO untuk apa?

MENJARO untuk POLEMAS - politik, ekonomi dan masyarakat.

Kita yang sudah begitu lama duduk di atas pohon jangan sampai lupa kerana dilambai awan di atas dan angin bayu yang memujuk. Oleh itu, saudara sekalian sedarlah akan janji yang telah disebutkan tadi dan sedarlah sejarah yang kita lalui pada tahun '70-an bertemakan konsep MENJARO untuk perjuangan ke dalam bidang POLEMAS. Lahirkanlah ke alam nyata akan Tiga Romantika sebagai usaha kita pada tahun '80-an.

Kalau kita bertemu lagi maka apa yang saya katakan merpakan pesanan, kalau kita tidak bertemu lagi maka apa yang saya katakan merupakan pandangan dan kalau kita tidak berjuang lagi kerana saya sudah mati maka apa yang saya katakan merupakan wasiat.

0 comments

Post a Comment